Word of Wisdom

I'm the only one. I can't do every thing but I can do something



Principles of Life

There is no shortcut to success. What you give you get back.

Saturday, February 19, 2011

February oh February

Ini nukilan ku di bulan ini setelah berhempas pulas di awal bulan Februari. Setiap minggu di bulan February ada saja aktiviti yang menanti. Bermula dari 5/2 sibuk dengan final HR beserta submit final report, ditambah lagi dengan presentation IT. Tak tidur malam aku dibuatnya. Mahu tidaknya waktu study ku dah jd tak menetu. Susah nak ikut seperti mana yang telah dijadualkan. Memandangkan waktu tidur baby ku yang tidak menentu. Seterusnya 12/2 sibuk pula dengan final IT. Memandangkan aku kurang arif subjek ni so, terpaksa aku bg tumpuan lebih. Nasib la aku ada lecturer yg baik hati bagi tips. Kalu tak jenuh juga aku nak mentelaah 9 chapter tu. Alhamdulillah aku dapat jawab semuanya dengan hati yg puas. Walaupun aku belum pasti akan result nya. Yang penting sem ni dah selesai. Doa aku agar aku mendapat result seperti mana yg di target. Semester ini lah aku merasakan sangat mencabar jika dibandingkan dengan semester lepas. Waktu study ku tidak menentu. Orang lain nenyak dibuai mimpi aku harus bangun mengulangkaji. Kalau tak alamat ketinggalan lah aku. Nak harapkan waktu di office memang tak sempat lah... Kerja office pun ada yang tertangguh disebabkan aku perlukan tumpuan untuk study. Tak tahulah apa pula cabaran ku di sem depan.