Word of Wisdom

I'm the only one. I can't do every thing but I can do something



Principles of Life

There is no shortcut to success. What you give you get back.

Saturday, February 19, 2011

February oh February

Ini nukilan ku di bulan ini setelah berhempas pulas di awal bulan Februari. Setiap minggu di bulan February ada saja aktiviti yang menanti. Bermula dari 5/2 sibuk dengan final HR beserta submit final report, ditambah lagi dengan presentation IT. Tak tidur malam aku dibuatnya. Mahu tidaknya waktu study ku dah jd tak menetu. Susah nak ikut seperti mana yang telah dijadualkan. Memandangkan waktu tidur baby ku yang tidak menentu. Seterusnya 12/2 sibuk pula dengan final IT. Memandangkan aku kurang arif subjek ni so, terpaksa aku bg tumpuan lebih. Nasib la aku ada lecturer yg baik hati bagi tips. Kalu tak jenuh juga aku nak mentelaah 9 chapter tu. Alhamdulillah aku dapat jawab semuanya dengan hati yg puas. Walaupun aku belum pasti akan result nya. Yang penting sem ni dah selesai. Doa aku agar aku mendapat result seperti mana yg di target. Semester ini lah aku merasakan sangat mencabar jika dibandingkan dengan semester lepas. Waktu study ku tidak menentu. Orang lain nenyak dibuai mimpi aku harus bangun mengulangkaji. Kalau tak alamat ketinggalan lah aku. Nak harapkan waktu di office memang tak sempat lah... Kerja office pun ada yang tertangguh disebabkan aku perlukan tumpuan untuk study. Tak tahulah apa pula cabaran ku di sem depan.

Monday, January 31, 2011

Challenge is experience

This week is a challenge for me with the two final exam are waiting on 5th and 12th of February. How busy I am with my routine work I still need to spend my time for exam. Plus my routine as a wife and mother and as a daughter to look after my mother. Then plus with the health of my grand mother was sick and need fully attention. Oh! God! you choose me to face all these things hopefully you increase my patience and able to handle all these things. I take these as a challenge and it will enhance my capability how to face the problem.

Tuesday, January 18, 2011

Contact Lens

Because of wearing lens I sakit mata. Oh! tidak...lecehnya. On Thursday I MC and I absent class on Saturday. I don't like this. Sungguh menyakitkan. Nasib baik cepat sembuh n tak berjangkit dekat my husband n my baby. kalu tak jenuh merengek my baby. We should thankful to Allah for giving us the healthy eyes. When we get ill then we realised how big the gift from Allah.

Tuesday, January 11, 2011

A chaos semester

This new semester is very chaos for me, with a lot of work load and preparation of 4 cources make me very stress. Plus the activity of mentor-mentee, coordinator of cocuriculum activity and incharge person of incubator. Oh my God! Show me the way how i'm going to manage my time. I'm suddently shock when i received my timetable given to me by my head. Am i able to manage all these things? Oh no....what about my study?? That one also very important. The beginning of new year is very challenging.

Saturday, January 8, 2011

Selamat Tinggal 2010

Berlalu sudah tahun 2010 yang telah meninggalkan seribu kenangan dalam hidup ku. Ada gembira ada yang sedih. Namun ku abaikan kenangan sedih dan biarlah ianya menjadi pengajaran dan memberiku semangat dan pengalaman baru agar kesilapan yang sama tidak akan berlaku lagi. Itulah akibatnya kalau kita terlalu mempercayai orang walaupun orang itu kenalan rapat kita. Antara peristiwa yg paling mengembirakan aku adalah aku dikurniakan cahayamata pd tarikh 22.2 2010. Kini telah hampir setahun usianya. Anugerah yg tidak terhingga bagiku setelah 5 tahun menanti dengan penuh harapan. Kehadiran putra sulungku Muhammad Danish Fitri memberi seribu erti serta membelah kesunyian yg dihantui aku dan suami selama ini. Senyum tawanya, sedu tangisnya menyentuh sanubariku sebagai seorang ibu. Kehadirannya juga memberiku cabaran baru untuk menguruskan masaku yg agak padat. Selama ini aku bebas melakukan sebarang aktiviti tanpa mengira masa, sekarang masa yg terluang sangat berharga buatku kerana aku tidak mempunyai ruang waktu yg lapang seperti dulu. Ditambah pula dengan jam mengajarku pada semester ini yg banyak iaitu 24 jam seminggu betul2 membuatku lebih menghargai waktu. Aku mendoakan agar kedatangan tahun 2011 memberi ku lebih makna dan ditambahkan rezekiku serta diiringi dengan seribu kejayaan.  

Wednesday, December 22, 2010

Beauty Workshop

Yesterday 22 Dec 2010 I have attend a beauty workshop by Mary Kay. Mary Kay is the famous brand name of skin care product and has been in the world for about 47 years. It is the 100% customer satisfaction product and the product cannot be get in the outlet. There have consultants selling the product and give personal consultation. It was very interesting beacause it teach us how to take care our skin especially face. My friends and I also have been teaching how to touch up and types of our skin. We enjoy the workshop very much and felt very confident. We are very excited to start our new semester because we want to show the different to our students. Hopefully by enjoying this program it will enhance my self confidence and personality. 


Monday, December 20, 2010

Khasiat Pokok Pegaga

Pokok pegaga atau dikenali sebagai pokok antanan. nama saintifiknya, cantella asiatica atau hydocotyle asiatica, dalam keluarga Mackinlayaceae. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai pennywort. Pokok ini yang juga tanaman akuatik banyak terdapat di Malaysia dan negara-negara Asean yang lain. Pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan dari daun, tangkai, batang, bunga, buah dan akar. Di Malaysia, pegaga dijadikan ulam, di masak sebagai sayur dan dijadikan jus kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat. Ia dikatakan dapat menambahkan selera makan kerana daunnya yang agak manis dan berbau wangi. Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A serta C. Ia sering dijadikan makanan untuk wanita ketika berpantang. Amalan pemakanannya juga dapat mengurangkan obesiti dan mengekalkan awet muda. Selain itu ia dijadikan tonik yang menyihatkan dan dapat mengurangkan panas badan. Pegaga juga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser. Ia juga baik untuk menyembuhkan kudis, penyakit kulit dan luka. Dalam bidang perubatan tradisional, ia digunakan sebagai agen anti alergi, antikanser, melawaskan kencing, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea dan sakit kerongkong. Pegaga juga mengandungi sebatian kimia dan bio aktiviti yang mengadungi ciri-ciri antibakteria, anti inflamasi, menurunkan tekanan darah tinggi dan  insektisid serta pelbagai lagi. Bahan-bahan yang terdapat pada pokok ini dapat membina kolagen da samping meransang pembentukan rambut dan kuku. disamping itu, ia mengandungi serat yang dapat meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir serta pelbagai jenis penyakit lain. Bagaimanapun ada kajian yang menyatakan bahawa pegaga harus diambil dalam kuantiti yan sedikit untuk mendapatkan kesan yang positif. Jika diambil secara berlebihan ia boleh mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan yang boleh merangsang tumor untuk jangka masa panjang.
Dipetik dari majalah Harmoni 15-31 Dis 2010