Word of Wisdom

I'm the only one. I can't do every thing but I can do something



Principles of Life

There is no shortcut to success. What you give you get back.

Saturday, January 8, 2011

Selamat Tinggal 2010

Berlalu sudah tahun 2010 yang telah meninggalkan seribu kenangan dalam hidup ku. Ada gembira ada yang sedih. Namun ku abaikan kenangan sedih dan biarlah ianya menjadi pengajaran dan memberiku semangat dan pengalaman baru agar kesilapan yang sama tidak akan berlaku lagi. Itulah akibatnya kalau kita terlalu mempercayai orang walaupun orang itu kenalan rapat kita. Antara peristiwa yg paling mengembirakan aku adalah aku dikurniakan cahayamata pd tarikh 22.2 2010. Kini telah hampir setahun usianya. Anugerah yg tidak terhingga bagiku setelah 5 tahun menanti dengan penuh harapan. Kehadiran putra sulungku Muhammad Danish Fitri memberi seribu erti serta membelah kesunyian yg dihantui aku dan suami selama ini. Senyum tawanya, sedu tangisnya menyentuh sanubariku sebagai seorang ibu. Kehadirannya juga memberiku cabaran baru untuk menguruskan masaku yg agak padat. Selama ini aku bebas melakukan sebarang aktiviti tanpa mengira masa, sekarang masa yg terluang sangat berharga buatku kerana aku tidak mempunyai ruang waktu yg lapang seperti dulu. Ditambah pula dengan jam mengajarku pada semester ini yg banyak iaitu 24 jam seminggu betul2 membuatku lebih menghargai waktu. Aku mendoakan agar kedatangan tahun 2011 memberi ku lebih makna dan ditambahkan rezekiku serta diiringi dengan seribu kejayaan.  

No comments:

Post a Comment