Word of Wisdom

I'm the only one. I can't do every thing but I can do something



Principles of Life

There is no shortcut to success. What you give you get back.

Monday, December 20, 2010

makan kenduri

Pada 18/12/2010 aku telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat ku Nurul Aishah di Slim River, Perak. Pada mulanya macam tak jadi pergi kerana ia melibatkan kelas Master ku di UUM. Nasib menyebelahi aku kerana kedua2 pensyarah telah membatal kelas pada hari berkenaan. Ada lagi halangan kerana suamiku bertugas pada hari tersebut. Kalau setakat Penang boleh saja aku drive sendiri memandangkan Slim River, aku risau baby ku meragam pulak. Puas juga ku pujuk suamiku akhirnya berjaya dan dia minta kawannya menggantikannya bertugas pada hari tersebut. Aku bertolak pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Dewan Tan Sri Ghazali tepat jam 2 petang. Walaupun kenderaan agak banyak di highway. Alhamdulillah sampai juga hajatku untuk melihat sahabatku bersanding. Nurul Aishah adalah salah seorang teman sebilikku bersama seorang lagi Shafiza (orang Penang) dan sama program dengan ku ketika kami sama2 buat diploma Banking di UiTM Arau dulu. Sudah hampir 5 tahun aku tidak bertemunya. Kali terakhir aku bertemu dengannya pada hari perkahwinanku pada 19/2/2005. Rasa bersyukur sangat sebab aku berjumpa juga dengan classmate aku masa diploma dulu; Norazila (Na) dan juga Irda Rina (Gambar dengan Irda tak sempat ambil).  Pertemuan yang tak dijangka dan menambahkan lagi kekuatan silaturrahim antara kami.



No comments:

Post a Comment